PERHATIAN: BLOG INI BUKAN HASIL PENULISAN TUAN BLOG.TUAN BLOG MENGAMBIL INISIATIF UNTUK MENGUMPULKAN ARTIKEL-ARTIKEL YANG BERKAITAN DENGAN JEMA'AH TABLIGH DARIPADA SUMBER-SUMBER YANG BOLEH DIPERCAYAI.

Followers

Wednesday, March 17, 2010

Ulama-Ulama Besar Pendukung Jema'ah Tabligh

1. Maulana Muhammad Ilyas Kandahlawi rah

Pencetus kembali usaha dakwah sebagaimana yang berlaku di zaman awal Islam yakni di zaman Rasulullah saw dan Sahabat ra. Beliau berketurunan Sahabat besar Abu Bakar As Siddiq. Keluarga beliau dikenali sebagai keluarga ahli ilmu dan agama. Berasal dari Jhanjana Muzaffarnagar, Uttar Pradesh, India. Nama asal beliau adalah Akhtar Ilyas. Masa kecil beliau banyak dihabiskan di Madrasah samada Madrasah keluarga beliau maupun madarah besar di India. Beliau pernah berguru selain dari keluarga beliau yang terdiri dari bapa beliau sendiri, Maulana Yahya rah, Maulana Ismail rah. Manakala guru beliau di madrasah sekitar India ialah Maulana Abd.Rasyid Ahmad Ganggohi rah, Maulana Khalili Ahmad rah, Maulana Asyraf Ali Thanwi rah, Maulana Mahmudul Hassan rah. Dan ramai lagi yang tidak tercatit di sini. Hampir kesemua guru-guru beliau adalah pengarang-pengarang kitab muktabar serta tokoh-tokoh besar ulama benua India.

Antara kitab karangan beliau yang terkenal adalah Al Abwabul Muntakhabah min Misykatul Musabbih


2. Maulana Muhammad Yusof Kandahlawi rah.

Beliau adalah putera kepada Maulana Ilyas rah. Belaiu termasuk seorang ulama besar India. Belaiu telah memiliki karya beberapa kitab dalam bahasa A’rab. Antaranya Hayatus Sahabah dalam 3 jilid besar, Amanil Ahbar Syarh Ma’anil Atsar, Muntakhab Ahadis. Beliau juga termasuk seorang guru kepada Sayyid Muhammad Alawi Al Maliki, Makkah ( Al’Iqdul Farid :16 )


3. Maulana In’amul Hassan Kandahlawi rah.

Beliau termasuk seorang ulama besar India yang oleh Syeikhul Hind (Maulana Mahmudul Hasan rah) dijuluki sebagai “Gudang Mufti” Beliau juga termasuk salah seorang guru kepada Sayyid Muhammad Alawi Al Maliki, Makkah (Al’Iqdul Farid: 16)


4. Maulana Zhafar Ahmad Thanwi rah.

Beliau adalah penyusun kitab I’laa Ussunan (Ahadis Ahkam, terdiri dari 21 jilid, satu jilid khusus membahaskan pentingnya bermazhab dan bantahan untuk gulongan Wahabbi dan ghoiru Muuqallid. ( Al’iqdul Farid: 15)


5. Syeikhul Hadis Maulana Muhammad Zakaria Kandahlawi rah

Seorang pakar hadis yang menulis banyak kitab, antara lain: Al Abwab Wat Tarajim Lishohihil Bukhori, Awjazul Masalik Syarh Muwathok Imam Malik 15 jilid. Syarh Syamail Tirmizi, Al I’tidal fi Maratibir Rijal serta takhrij hadis beberapa kitab. Kitab yang paling terkenal adalah Fadhoil A’mal. Beliau pernah mengajar di Madinatul Munawwaroh. (Al’Iqdul Farid : 15)


6. Maulana Manzhur Nu’mani rah.

Penulis kitab terkenal Inqilabu Iran (Iran Revolution) kitab yang menedahkan hakikat Revolusi Iran dan perancangan Syiah. Telah diterjemahkan dalam berbagai bahasa.


7. Sayyid Abul Hasan Ali An Nadwi rah.

Mudir Madrasah Nadwatul Ulama Lucknow, India. Bekas pemimpin Rabithah Adab Al Islami, Direktur Pusat Studi Islam Oxford dan anggota berbagai badan-badan Islam di negara-negara A’rab. Antara kitab-kitab tulisan beliau : Rijalul Fikri Wad Dakwah, Madza Khosiro ‘Alam Binhithotil Muslimin, Qashassul Nabiyyin, Sirah Nabawiyah. Beberapa kitab beliau mendapat penghargaan badan antarabangsa dan sebahagian tulisan beliau telah diterjemah dalam berbagai bahasa. Beliau juga adalah penulis kitab Biografi Maulana Muhammad Ilyas rah.



(Petikan dari kitab Meluruskan Kesalahfahaman Terhadap Jemaah Tabligh muka surat : 8- 9, Karangan Mulwi Ahmad Harun Al Rasyid , Temboro,Magetan Indonesia dengan sedikit pindaan untuk kesesuaian dalam Bahasa Malaysia)

No comments:

Post a Comment

Post a Comment