PERHATIAN: BLOG INI BUKAN HASIL PENULISAN TUAN BLOG.TUAN BLOG MENGAMBIL INISIATIF UNTUK MENGUMPULKAN ARTIKEL-ARTIKEL YANG BERKAITAN DENGAN JEMA'AH TABLIGH DARIPADA SUMBER-SUMBER YANG BOLEH DIPERCAYAI.

Followers

Wednesday, March 17, 2010

Cerita Mimpi Nabi Tuan Guru Haji Hadi Awang



Untuk jawab soalan Tabligh-PAS ini, eloklah rujuk Ustaz Abdul Hadi Awang.

Ana telah berpengalaman berjumpa dengan dua orang berkenaan masalah ini.

1. Hafiz Hatta (pelajar Madrasah Kubang Bujuk, Terengganu)

Dia bersama jama'ah Pakistan 4 bulan diputuskan untuk keluar di Masjid Rusila, Terengganu. Setibanya di Masjid itu, Ustaz Abdul Hadi dan rakan2nya telah siap menunggu ketibaan jama'ah dan TGHH telah menjemput jama'ah ini untuk makan dirumahnya. Dia sempat bertanya jika ada ulama di dalam jama'ah agar mudah berbicara arab dengannya. TGHH banyak berbual dengan mu'alim jamaah itu. Selepas balik ke masjid, maulana itu menceritakan kepada ahli jama'ah yg TGHH telah bermimpi Rasulullah saw malam sebelum kedatangan jamaah itu. Badan Rasulullah saw separuh di dalam tanah dan Rasulullah saw mengatakan kepada TGHH bahawa jama'ah baginda akan datang dan menyuruh TGHH melayan jama'ah itu.

2. Ustaz Jamaluddin (bekas pelajar Penanti)

Ustaz telah bermuzakarah dengan jamaah di markaz PAS di Terengganu selepas Isya sampai hampir waktu Subuh. Orang2 PAS di markaz itu masih tidak berpuas. Lantas salah seorang dari jama'ah itu mengatakan agar mereka semua berjumpa dengan 'POK CHIK' (gelaran TGHH). Mereka cuba menelefon TGHH tapi tiada jawaban, lantas Ustaz Jamaluddin memberi satu hadis yang jika seorang tanda mukmin ialah memuliakan tetamu. Maka mereka semua pergi ke rumah TGHH. Bila TGHH tahu masalah berkenaan ahli2 PAS yang tidak bersetuju dengan Tabligh, TGHH telah mengambil satu kitab dan membaca DALIL-DALIL Tabligh di hadapan mereka semua. Selepas itu, TGHH menasihatkan Ustaz Jamaluddin agar MENERUSKAN USAHA TABLIGH, DAN JANGAN LAYAN MEREKA-MEREKA YANG JAHIL INI (sambil merujuk kepada ahli2 PAS yang tidak bersetuju itu).

Pengalaman Penulis Bersama Jemaah Tersebut:

Pada tahun 1989/90 penulis tinggal di Ceras di kawasan Ceras Flat serta dilantik menjadi imam serta mengajar tajwid di salah satu surau di kawasan tersebut. Ianya adalah marhalah keempat penulis ketika tinggal di Kuala lumpur. Pada akhir 1989 Jemaah Pakistan tersebut sampai di tempat kami (Ceras) dan berusaha di sekitar kawasan tersebut selama satu minggu sebelum bertolak untuk keluar 4bulan di Indonesia. Jemaah tersebut sebenarnya adalah jemaah satu tahun. Kebanyakannya adalah dari Peshawar, Pakistan. Selama seminggu di Ceras penulis, berkesempatan bersama jamaah berkenaan dan maulana yang di dalam jemaah tersebut cukup rapat dengan penulis berlebih lagi penulis berbahasa Arab dengan beliau bagi melancarkan bahasa Arab penulis. Penulis sering bersama maulana berkenaan untuk ‘khususi’ dan sebagainya.

Jemaah ini satu jemaah yang cukup bagus yang pernah penulis ‘nusrah’. Satu hati, satu fikir serta kuat amalan istimai dan juga infiradi. Setiap malam yang penulis dapat pasti, hampir kesemua ahli jemaah akan bagun bertahajud sekitar jam 3.00 pagi. Tidak ada seorang pun yang tercicir. Dalam jemaah tersebut terdapat 5/6 orang muda dan boleh berbahasa Inggeris. Pernah penulis bertanya kepada mereka bagaimana tertib usaha di Peshawar (ketika itu bertebung dengan jihad di Afganistan) kata salah seorang ahli jemaah kepada penulis bahawa mereka ada tertib khusus yang di benarkan oleh Elders Nizamuddin iaitu 4bulan belajar madrasah, 4bulan berjihad di Afghanistan dan 4bulan keluar di Jalan Allah (keluar Tabligh). Bagi yang berkeluarga 4bulan belajar madrasah diganti dengan 4bulan bersama keluarga.

Jemaah mereka adalah jemaah satu tahun dan kedatangan mereka ke Malaysia adalah transit sementara untuk ke Indosesia selama 4bulan dan untuk mendapat visa di Malaysia untuk ke Saudi mengerjakan haji setelah pulang dari Indonesia. Setelah pulang jemaah ini berusaha di sekitar Terengganu untuk beberapa waktu dan akhir sekali kembali ke Ceras sebelum bertolak ke Saudi mengerjakan haji. Mereka terkesan dengan nusrah dari rakan seusaha di Ceras dan memutuskan kembali ke Ceras sebelum bertolak ke Saudi. Lagi sekali penulis dan rakan-rakan di Ceras nusrah jemaah ini. Namun kali ini cerita sensasi di atas menyebabkan ramai rakan-rakan seusaha di sekitar Kuala Lumpur datang menziarahi dan bertanya kebenaran mimpi TGHH.

Penulis mengambil kesempatan bertanyakan hal berkenaan kepada maulana berkenaan. Ceritanya memang betul jemaah tersebut telah masuk untuk 3 hari di Masjid Rusila yang sebelum ini belum pernah Jemaah Tabligh masuk. Apatah lagi sekitar tahun 1993 TGHH pernah berceramah yang ceramahnya agak keras menghentam jemaah. Sehingga ketika itu keset-kaset ceramah tersebut laris di jual di pasar malam dan juga di jual di hadapan masjid India pada tajuk “Jemaah Tabligh Dan Penyelewengannya” . Selepas di khususi, tajuk itu ditukar kepada “Jemaah Tabligh Dan Amalanya”. Kata maulana itu lagi bahawa beliau malu kerana bajunya agak berbau namun di peluk erat oleh TGHH. Begitu juga dengan ahli jemaah yang lain. Selama tiga hari di Masjid Rusila TGHH mengosongkan kuliah beliau dan membenarkan jemaah memberi bayan.Memang pun TGHH bermimpi Nabi saw sebagaimana cerita di atas.

Selepas beberapa hari di Ceras jemaah tersebut berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan haji. Tahun yang sama penulis beserta dengan abang dan rakan seusaha di kampong Kedah serta rakan seusaha di Kuala Lumpur telah dipileh oleh Allah swt untuk menegrjakan haji. Ketika berada di Tanah Suci sekali lagi penulis berjumpa dengan maulana berkenaan yang sedang memberi “dakwah infradi” kepada beberapa orang Arab di ruang legar Masjid Nabi saw. Patutlah jemaah ini menjadi asbab TGHH bermimpi Nabi saw kerana amalan mereka sememangnya “HEBAT”.

Wallahu’alam.

13 comments:

  1. salaam...Badan Rasulullah saw separuh di dalam tanah dan Rasulullah saw mengatakan kepada TGHH bahawa jama'ah baginda akan datang dan menyuruh TGHH melayan jama'ah itu.
    Yg ana dgr, bukan badan NABI SAW yg separuh tengelam, tapi badan Tok Guru Hj Hadi Barukatullah.

    ReplyDelete
  2. bila kisah ni..? lama dah ker ... tahun bila jemaah ni masuk?

    ReplyDelete
  3. salam...betull tu...ambe dengor badan tok guru tenggelam separuh dlm tanah......bukan nyer badan baginda Muhammad SAW...

    ReplyDelete
  4. kisah ni berlaku yg ambe ingat pada tahun 90an.....

    ReplyDelete
  5. Bacalah buku yg bertajuk: PEMIMPIN SEBELAH KAKI DI NERAKA.

    ReplyDelete
  6. jemaah tabligh telah masuk ke masjid rusila semenjak 80an lagi.......TGHHA seorang yg hebat kerana berjumpa nabi saw dalam mimpi....kenapa ahli JT tidak menyokong PAS sebaliknya ramai yg menyokong bukan Jemaah islam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan, orang2 JT fikirnya melayang jauh ketempat lain, kesan daripada perjalanan usaha atas iman dan amal mereka.. Jadi mereka bukan tidak menyokong PAS... Tapi fikiran itu melayang, maka Tuan tidak akan dapat jawapan spontan mengenai pandangan mereka contohnya terhadap politik. Tapi yaqinlah JT jenis orang2 yg berdoa kebaikan seluruh umat seluruh alam sampai qiamat, siang dan malam, barangkali malah diluar sangkaan.
      InsyaAllah, berkecimpunglah dalam apa yang Tuan buat semasa ini, pada masa yang sama, cubalah buat usaha Nabi ini, kefahaman akan dikurniakan Allah swt.

      InsyaAllah

      Delete
    2. JT bukan tidak sokong PAS, JT terdiri dari ramai orang yang melalui perjalanan jauh, maka bila disentuh soal politik, mereka hanya diam kerana barangkali hati mereka terpaut pada fikir atas soal lain. Tapi JT tahu, hukum Allah itu penting, negara Islam itu penting, dan sekian bagainya perjuangan PAS itu penting... Cuma pembawakan JT itu ada nampak seolah acuh tak acuh, tapi jauh dihati JT mereka doa tidak putus2 agar umat ini diselamatkan Allah swt.

      InsyaAllah

      Delete
  7. JT tidak dapat menunjukkan sokongan kpd satu2 parti kerana mereka ingin menjaga hubungan silaturrahmi di kalangan semua orang merentasi sempadan kepartian. Sekiranya mereka menampakkan kecenderungan kepada satu2 parti politik maka hubungan/dakwah mereka dgn ahli parti lain sudah tentu terjejas.

    ReplyDelete
  8. JT tidak mengundi, sedangkan implikasi kpd umat Islam amat besar sekiranya disebabkan kurang undi umat Islam menyebabkan negara diperintah oleh orang kafir! Bukankah sifir ini mudah difahami mengapa JT mengambil sikap yg merugikan umat Islam yg kesannya berjuta2 umat Islam akan menanggungnya!

    ReplyDelete
  9. ARMANI POKER

    PROMO BARU DI ARMANI POKER

    BISA DEPOSIT VIA PULSA
    BANYAK BONUSNYA

    Yuk join sekarang juga , Poker online Terpercaya hanya di ARMANIPOKER , berlabel IDN POKER , di jamin 100% anti bot Player Vs Player.

    ditunggu kehadiran di ARMANPOKER ya !
    Minimal depo 10k
    Minimal wd 50k
    Whatapps : +6287830298557
    Link Alternatif : Adujotos.site | armanipokers.info

    ReplyDelete
  10. rmaniQQ

    Ayo Main Di Situs Poker Online Terpercaya Yaitu Situs ARMANIQQ

    Dengan 9 Permainan 1 User ID (NO BOT) (NO ADMIN) FAIRPLAY Player vs Player 100%
    Daftar Dan Mainkan Sekarang
    Memiliki Bonus Bonus WOW

    • Bonus Turnover mingguan 0.5%(Dibagikan Setiap Minggu)
    • Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)

    Ayo Segera....Mainkan Sekarang Juga

    Hanya Minimal Deposit Rp 10.000 Dan Minimal Withdraw Rp 20.000
    (Bisa deposit Dengan E-Money OVO,GOPAY,GOJEK)

    Siap Melayani 24Jam Non Stop Setiap Hari nya

    Link alternatif : armaniqqs.info | winterarmani.club

    ReplyDelete
  11. ARMANI POKER

    PROMO BARU DI ARMANI POKER

    BISA DEPOSIT VIA PULSA
    BANYAK BONUSNYA

    Yuk join sekarang juga , Poker online Terpercaya hanya di ARMANIPOKER , berlabel IDN POKER , di jamin 100% anti bot Player Vs Player.

    ditunggu kehadiran di ARMANIPOKER ya !
    Minimal depo 10k
    Minimal wd 50k
    Whatapps : +6287830298557
    Link Alternatif : Adujotos.site | armanipokers.info

    ReplyDelete