PERHATIAN: BLOG INI BUKAN HASIL PENULISAN TUAN BLOG.TUAN BLOG MENGAMBIL INISIATIF UNTUK MENGUMPULKAN ARTIKEL-ARTIKEL YANG BERKAITAN DENGAN JEMA'AH TABLIGH DARIPADA SUMBER-SUMBER YANG BOLEH DIPERCAYAI.

Followers

Wednesday, March 17, 2010

Kenapa berdakwah sedangkan ilmu belum sempurna?

Soalan: Bolehkah seseorang keluar bertabligh bilamana dia sendiri tidak tahu pun solah jenazah dan tidak tahu makna satu ayat pun dari Al-Quran?

Jawapan:

“Maksud usaha tabligh dan juga Jamaah Tabligh adalah belajar menghayati agama dan mengajak orang ramai menghayati agama. Ramai orang yang pada mulanya amat jahil mengenai agama, tetapi setelah keluar bersama Jamaah Tabligh selama 40 hari sekali atau dua kali, mereka dapat belajar memperbetulkan solah, wudhu’ mandi, Quran, solah janazah, dan berbagai aspek agama yang mungkin mengambil masa bertahun-tahun atau mungkin sepanjang hayat jika belajar di rumah disebabkan kesibukan dan tanggungjawab yang lain – itu pun jika mereka berpeluang beri masa untuk belajar. Ramai yang telah mempelajari ahadith dan boleh memberikan bayan seperti seorang ulama’. Jamaah Tabligh juga berperanan seperti madrasah dan menawarkan kaedah mudah untuk menghayati agama untuk orangramai yang tidak dapat belajar agama secara formal di madrasah.

Dan Allah Ta’ala Maha Mengetahui.

Oleh Hadhrat Mufti Mahmud Hassan Gangohi (rahmatullah alayh), Mufti Besar Darul Ulum Deoband, dikeluarkan pada 24 Muharram 1388 (dipetik dari Fataawaa Mahmudiyyah (Jilid 12 m/s 235-250)

4 comments:

  1. Ilmu apa yg ada pada sahabat Nabi S.A.W semasa mula mula memelok Islam...mereka ikut Nabi S.A.W berdakwah disamping menimba ilmu dari Nabi S.A.W..Adakah kerana ilmu dah cukup baru boilh berdakwah.....Itulah fahaman yg dibawa olih puak barat agar manusia jauh daripada agama....wallahualam...

    ReplyDelete
  2. Perkara yg penting kepada manusia, Allah akan mudahkan hambanya utk mendapatkannya. Contohnya, udara,keperluan semua makhluk.Utk itu ia mudah diperolehi. Begitu juga dgn iman,keperluan yg sangat2 penting.Seorang yg mati tanpa iman,akan rugi selama2nya. Utk itu,usaha utk mendapatkan iman yg hanya Allah swt yg boleh beri,sangat penting dan tentunya mudah. Sebab itulah apabila Syd Abu Bakar Ra masuk Islam, perkara pertama yg dibuat ialah mendakwah kalimah lailahaillah kepada org ramai.Begitu juga hari ni, sepatutnya setiap org Islam dapat berdakwah setiap hari disekitar kejiranan utk ajak yyg Islam buat dakwah dan yg belum Islam diajak utk masuk Islam.

    ReplyDelete
  3. ARMANI POKER

    PROMO BARU DI ARMANI POKER

    BISA DEPOSIT VIA PULSA
    BANYAK BONUSNYA

    Yuk join sekarang juga , Poker online Terpercaya hanya di ARMANIPOKER , berlabel IDN POKER , di jamin 100% anti bot Player Vs Player.

    ditunggu kehadiran di ARMANPOKER ya !
    Minimal depo 10k
    Minimal wd 50k
    Whatapps : +6287830298557
    Link Alternatif : Adujotos.site | armanipokers.info

    ReplyDelete